Ok, macam ni kisahnya, pada 12/12 yg lalu, kami terima 1 tempahan mekap utk sorang pengantin ni. Actually tempahan di buat lebih kurang hujung bulan 10 yg lalu, utk majlis Nikah 12/12 dan Bersanding 26/12. Deposit pun sudah di terima, maka date pun sudah kami blockkan utk pengantin ini.
Utk pengetahuan anda, pengantin kali ni sering juga chat dgn kami di fb, utk menanyakan tentang baju malam berinai dan sebagainya.. Tapi akhirnya pengantin memilih utk nikah dan bersanding sahaja.. Maka tiada masalah bagi kami, kerana ia akan berjalan seperti di rancangkan.
Kami juga ada menawarkan pada pengantin ini utk bertemu dgn pengantin secara bersemuka, kerana katanya baju-baju utk majlisnya nanti, di tempah sendiri oleh beliau, maksudnya tidak menyewa dgn mana-mana butik. Maka, ‘extra miles services’ kami tawarkan pada pengantin ini, yang mana kami ingin bertemu dgnnya utk melihat sendiri warna baju yang akan di gunakan, design yang di pilih, tudung yang akan di gunakan,aksesori dan sebagainya. Namun, di atas kesibukan pengantin, maka pertemuan tak dapat di atur. Kami juga menawarkan utk bertemu pengantin di rumahnya, namun tetap tidak berjaya terlaksana. Perbincangan hanya melalui private message di facebook @ melalui panggilan telefon sahaja.
Menyedari akan hal ini, maka kami menetapkan waktu mekap utk pengantin ini adalah jam 7.30 pagi, kerana katanya dia perlu selesai bersiap jam 10.30, majlis Nikah pada jam 11 pagi. Jangan cepat melatah.. Kami sengaja memberikan jangka masa 3 jam pada pengantin utk bersiap kerana seperti yang di maklumkan di atas, tiada perbincangan dapat dilakukan kerana pengantin ini sering sibuk dgn urusannya.
Walau bagaimanapun, keputusan ini di bantah oleh pengantin, kerana katanya, menurut keluarganya terlalu lama utk dia menunggu selepas mekap nanti. Hhhmmm… Sudahlah tidak berbincang dengan kami tentang majlisnya, di suruh mekap awal pun macam2 lagi alasan. Kami bukan baru sehari dua dalam bidang ni, dah masak sngat dgn perangai bakal2 pengantin, apatah lagi kalo yang jenis tidak berbincang dgn kami, mesti haru biru. Takpelah, mekap saja jam 8 pagi. Tapi awal2 saya warning, pastikan jam 8 tu pengantin dah siap bangun & mandi semua.. Jgn nanti jam 8 kami dah terpacak depan rumah, yang pengantin baru nak bangun tidur. Dan kami juga dah warning awal2, kalo pada hari kejadian pengantin kelam kabut, jgn pulak nak salahkan kami, sebab pengantin sendiri yang memilih utk waktu mekap di lambatkan.
Sememangnya kami tidak selesa dgn keadaan ini, bila mana pengantin sendiri tidak menitik beratkan soal penampilannya di hari bahagia. Namun dek kerana menghormati keputusan mereka, maka kami ikutkan saja rentak mereka.
Lebih kurang 2 hari sebelum majlis, kami hantarkan private message pada pengantin ini, menanyakan apakah TEMA majlis Nikah pengantin ini. Respon memeranjatkan, ‘maksud akk tema macam mana?? ‘
Aiiiyoooo… tepuk dahi kami waktu itu. Majlis tinggal dua hari je lagi, takkan tema apa pun tak tahu. Soalan lanjut kami ajukan, ‘tema seperti warna baju dan sebagainya.’
Dan jawapan yang kami terima, ‘utk nikah putih silver, bersanding oren hitam.’ Hhhhmmm… oklah.
Maka hari kejadian pun berlaku. Seperti yang di janjikan, jam 8 pagi kami dah terpacak depan rumah pengantin. Sampai depan rumah, kami pun call pengantin, suara pengantin baru bangun tido occayy!! Dah agak dah.. Lepas tu buat soalan terkejut, ‘bukan kul 8.30 ke kak?’ aatooiiyaaaii… Apakah?? Saya kira kalaulah mekap sepatutnya jam 8.30 pun, pukul 8 sepatutnya pengantin dah bangun dan bersiap2 mandii..
Kami memang dah agak dah, perkara-perkara seperti ini akan berlaku.. Sebab tulah dari awal kami berikan jangkamasa 3 jam pada pengantin. Lebih kurang setengah jam menunggu, barulah pengantin siap mandi semua. Hhhmm… Jadi kami pun memulakan sesi mekap. Dalam bilik mekap, kami langsung tidak nampak baju yang akan di pakai oleh pengantin. Apatah lagi aksesori yang akan di gunakan. Maka utk memastikan, kami tanya lagi, ‘baju kamu putih silver kan?’ Yerp.. Ok, maka sesi mekap bermula. Selesai base,shading,loose powder, maka sesi eyeshadow di mata. Sewaktu kami memakaikan eyeshadow, pengantin ada bertanya, warna apa yang kami gunakan, maka kami katakan ‘turquoise’. Sebab baju pengantin putih dan ada beading silver, utk menyerlahkan sedikit penampilan pengantin, maka kami memilih ‘turquoise’. Sepanjang sesi memakaikan eyeshadow itu, tidak ada sedikit bantahan pun dari pengantin. Maka kami teruskan. Selesai sesi mekap, kami minta penganti terus bersiap, kerana jam sudah menunjukkan 10 pagi. Selesai pakai baju, tudung pula.
Waktu kami pakaikan tudung, pengantin ini kelihatan blur dgn gaya tudung yang akan di kenakan. Maka kami Tanya padanya, ‘kamu nak gaya macam mana?’ ‘Akak rasa macam mana sesuai?’ Haiiyoooooo!!! Time tu baru nak Tanya gaya macam mana yang sesuai? Bukan ke sepatutnya pengantin dah tahu gaya apa yang di inginkan? Kalau masih belum tahu gaya tudung, seharusnya soalan itu di ajukan sewaktu private message kami di hantar utk bertanya tentang tema. Hhhmmm… tak pelah, saya gayakan ikut kesesuaian baju pengantin. Jam waktu itu menunjukkan jarumnya pada 10.30 pagi.. dalam hati saya dh risau, sempat ke pengantin nak sampai ke masjid sebelum jam 11 pagi?
Siap bertudung, tiba-tiba pengantin baru nak pakai contact lense. Ya Ampun!!! Apakah??? Takkan lah perkara semudah ini pun tak boleh di fikirkan secara logic. Dah siap bermekap semua baru nak pakai contact lense?? Aduhaaiii…. Kami kata kenapa baru nak pakai contact lense? Kenapa tak pakai sebelum mekap tadi?? Jawapan dari pengantin sgt best, “Saya tak pernah nikah.” Wahhh!! Semua pengantin yang kawin sebelum2 ni pernah ke bernikah sebelum majlis? Tapi kenapa mereka boleh berfikir logic.. Hhhmmm… Malas nak bising, kami hanya pesan, ‘awak pakai ni mesti mata awak berair.’ Pengantin cuba beberapa kali memakai contact lense, tapi tak berjaya. At last tak pakai dah.. Ok lah. Jam dah 10.45 pagi. Maka semua ahli keluarga dah bersedia nak bergerak ke masjid. So kami kira semuanya OK dan selesailah tugas kami di situ. Tapi memandangkan pengantin ini tak cerewet, kami ikutlah pengantin ke masjid.
Haaaaa…. Saat inilah yang amat memeranjatkan kami. Tatkala pengantin mengatakan tema nikahnya putih dan silver, tiba-tiba keluar bunga tangan yang entah dari mana (bukan dari dalam bilik yang pengantin tengah bersiap ye!) Bunga tangannya warna PURPLE. Hadooiiiyaaaaiiiii!! Jam dah 10.45, mana sempat saya nak tukar atau tambahkan sedikit purple di mata pengantin.
Kalau dah tau ada bunga tangan, dan bunga tangan tu pulak bukanlah seperti tema yang di katakan putih+silver, kenapa masa kami pakaikan eyeshadow tidak di nyatakan pada kami, bahawa bunga tangan anda lari dari tema putih+silver anda?? Walhal, kala kami memakaikan eyeshadow itu, anda ada bertanya pada kami, warna apa yang kami gunakan pada mata anda kan?? Jadi bukankah anda sudah menyedari dari awal akan perkara ini? Yang kami tahu tema anda adalah putih+silver, seperti yang anda katakan pada kami. Tidak langsung terpacul dari mulut anda bahawa anda menggunakan bunga tangan berwarna PURPLE. Kami kira butir2 private message masih ada dalam inbox kami, boleh saja kalau kalian mahu melihat butir2 yang di nyatakan pada kami.
Maka, bila dah matanya turquoise, bunga tanga pula purple, haruslah kaum kerabat, sepupu sepapat, adik beradik menuding jadi pada kami, yang kononya kami ni mekapkan pengantin TIDAK SESUAI!! Walhal, kami ni langsung tidak tahu menahu akan kewujudan bunga tangan purple itu. Adoiii!! Sudah terlambat utk menukarkan warna mata pengantin. Tinggal 15 minit saja lagi untuk majlis nikah di masjid bermula. Mana mungkin ada waktu utk kami merubah semula..
Jadi anda nilailah sendiri, jangan hanya tahu menuding jari pada kami semata-mata. Sengaja kami buat entry ini untuk tatapan sanak saudara pengantin yang asyik menuding jari pada kami, yang kononnya kami tak tahu tema pengantin ini. Masalah timbul bukan pada kami, tapi pada pengantin sendir yang tidak tahu apakah yang sebenarnya di mahukan untuk majlisnya sendiri. Kami di sini hanya melaksanakan mengikut kemahuan pengantin sendiri. Tatkala pengantin sendiri tidak tahu apa yang di mahukan, apatah lagi kami? Bukannya kami yang membuat pilihan, tapi anda sendiri yang membuat pilihan warna, design dan sebagainya. Kami sebagai pelaksana telah pun cuba sedaya upaya kami utk mengikut kemahuan anda.
Jadi kami harap dengan entry ini, jgnlah hanya pada kami saja di tudingkan jari. Kami kira ini sesuatu yang tidak adil bagi kami. Buat pengantin pula, kami cuba utk tidak menulis panjang lebar di sini kerana utk menjaga air muka anda, tapi nampaknya anda seperti sengaja mahu menjatuhkan maruah kami dengan hanya menampakkan kesalahan pada kami semata-mata. Niat kami hanya mahu menjernihkan keadaan, Tak mahu periuk nasi kami terganggu lantaran komen2 yang berat sebelah dari anda.
Buat anda bakal-bakal pengantin, anggaplah ini sebagai panduan agar tidak berlaku perkara yang sama.. Jgn lupa utk BERBINCANG dengan Make Up Artist/Mak Andam anda sebelum majlis gemilang anda.. Ingat taw, SEBELUM majlis..Bukan semasa ye... :-) Peace~
No comments:
Post a Comment